Fairuladilan bin Hamadun, Izati Nabila binti Marzuki, Md Ariff bin Ariffin, Hidayat bin Hamid, Ayub bin Awang, Farrah Atikah binti Saari
Description of Invention
Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman naratif Hikayat Hang Tuah melalui permainan Pahlawan Melayu Board Game yang lebih interaktif dengan menggunakan watak-watak daripada filem Hang Tuah (1956) arahan Phani Majumdar. Antara watak -watak yang ditekankan dalam filem ialah P. Ramlee yang memainkan peranan sebagai Hang Tuah, Ahmad Mahmud sebagai Hang Jebat, Nordin Ahmad sebagai Hang Kasturi, S. Shamsuddin sebagai Hang Lekir dan Aziz Satar sebagai Hang Lekiu. Setiap watak memainkan peranan penting dalam menyampaikan soalan-soalan yang perlu diselesaikan oleh pemain. Di samping menjadi watak dalam permainan, kehadiran mereka juga dapat membantu dalam memperingati tokoh-tokoh perfileman legenda yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air pada suatu ketika dahulu agar tidak dilupakan oleh generasi yang akan datang. Oleh yang demukian, permaian interaktif Pahlawan Melayu Board Game sangat penting untuk dihasilkan kerana ianya bukan sahaja menjadi satu kaedah penyampaian naratif hikayat Hang Tuah malah menjadi satu inisiatif dalam memperkasakan pembelajaran dalam konteks sejarah sastera Melayu dan bidang perfileman. Kata Kunci: Game Board Snake Ladder, Hikayat Hang Tuah, filem Hang Tuah (1956), naratif